Rabu, 19 Jun 2013

Noniswara Dakwa Cedera Di Tolak Suami

Noniswara Dakwa Cedera Di Tolak Suami : Pelakon Noniswara Baharuddin mendakwa dia cedera sehingga berdarah akibat ditolak suaminya, Datuk Rosman Ridzwan kerana terjatuh di atas permukaan jalan raya semasa memujuk ahli perniagaan itu pulang ke rumah.

Noniswara bagaimanapun memaklumkan kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini yang dia telah membuat laporan polis berhubung tindakan itu sebagai langkah untuk melindungi dirinya.

Perkara itu dibangkitkan Noriswara, 44, ketika disoal oleh peguam syarie, Datuk Amli Embong dalam prosiding perbicaraan permohonan cerai taklik terhadap Rosman, 56.

Noniswara Dakwa Cedera Di Tolak Suami

Beliau selaku plaintif  membuat permohonan tersebut dan memberi keterangan secara sebelah pihak selepas Rosman tidak pernah memberi kerjasama terhadap permohonan cerai difailkan itu.

Permohonan cerai taklik difailkan pada 9 Mei lalu mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Noniswara dalam permohonannya berkata, tindakan suaminya yang meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberikan nafkah selaras dengan lafaz taklik yang dibacakan defendan semasa hari pernikahan mereka pada 31 Julai 2009.

Beliau berkata, defendan pernah pulang sekejap ke rumah kelamin pada akhir September untuk mengambil pasport kerana ingin ke Jakarta dan kemudian langsung tidak pulang lagi sehingga sekarang.

Menurutnya, defendan pernah tiga hingga empat kali memasukkan wang ke dalam akaun plaintif sebanyak RM8,000, itu pun selepas dia  memberi khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari supaya diberikan wang sewa.

“Bayaran sewa itu hanya diberi pada awal bulan dan wang RM8,000 yang diberi mencukupi untuk membayar penthouse yang disewa di Jalan U-Than di sini.

“Tapi sekarang saya sudah berpindah kerana tidak mampu membayar sewa tersebut," katanya.

Hakim Syarie Umamuddin Yunus bertanya kepada Noriswara  sama ada mengetahui alasan defendan berbuat demikian, namun dia menjawab tidak tahu.

Noniswara mengemukakan tiga orang saksi iaitu seorang adik lelaki, seorang pembantu peribadi dan bekas pembantu peribadi dalam prosiding semalam.

Semua mereka sahkan keterangan Noniswara berhubung tindakan defendan tersebut.

Mahkamah tetapkan 18 Julai depan untuk keputusan permohonan cerai taklik.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/noniswara-dakwa-cedera-ditolak-suami-1.173027

Tiada ulasan:

Catat Ulasan