Rabu, 19 Jun 2013

Noniswara Dakwa Cedera Di Tolak Suami

Noniswara Dakwa Cedera Di Tolak Suami : Pelakon Noniswara Baharuddin mendakwa dia cedera sehingga berdarah akibat ditolak suaminya, Datuk Rosman Ridzwan kerana terjatuh di atas permukaan jalan raya semasa memujuk ahli perniagaan itu pulang ke rumah.

Noniswara bagaimanapun memaklumkan kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini yang dia telah membuat laporan polis berhubung tindakan itu sebagai langkah untuk melindungi dirinya.

Perkara itu dibangkitkan Noriswara, 44, ketika disoal oleh peguam syarie, Datuk Amli Embong dalam prosiding perbicaraan permohonan cerai taklik terhadap Rosman, 56.

Noniswara Dakwa Cedera Di Tolak Suami

Beliau selaku plaintif  membuat permohonan tersebut dan memberi keterangan secara sebelah pihak selepas Rosman tidak pernah memberi kerjasama terhadap permohonan cerai difailkan itu.

Permohonan cerai taklik difailkan pada 9 Mei lalu mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Noniswara dalam permohonannya berkata, tindakan suaminya yang meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberikan nafkah selaras dengan lafaz taklik yang dibacakan defendan semasa hari pernikahan mereka pada 31 Julai 2009.

Beliau berkata, defendan pernah pulang sekejap ke rumah kelamin pada akhir September untuk mengambil pasport kerana ingin ke Jakarta dan kemudian langsung tidak pulang lagi sehingga sekarang.

Menurutnya, defendan pernah tiga hingga empat kali memasukkan wang ke dalam akaun plaintif sebanyak RM8,000, itu pun selepas dia  memberi khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari supaya diberikan wang sewa.

“Bayaran sewa itu hanya diberi pada awal bulan dan wang RM8,000 yang diberi mencukupi untuk membayar penthouse yang disewa di Jalan U-Than di sini.

“Tapi sekarang saya sudah berpindah kerana tidak mampu membayar sewa tersebut," katanya.

Hakim Syarie Umamuddin Yunus bertanya kepada Noriswara  sama ada mengetahui alasan defendan berbuat demikian, namun dia menjawab tidak tahu.

Noniswara mengemukakan tiga orang saksi iaitu seorang adik lelaki, seorang pembantu peribadi dan bekas pembantu peribadi dalam prosiding semalam.

Semua mereka sahkan keterangan Noniswara berhubung tindakan defendan tersebut.

Mahkamah tetapkan 18 Julai depan untuk keputusan permohonan cerai taklik.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/noniswara-dakwa-cedera-ditolak-suami-1.173027

Shae Dan Bob Impikan Kerjasama

Shae Dan Bob Impikan Kerjasama : Kemunculan pelantun Sayang, Shae sememangnya dinantikan peminat di Malaysia. Sementelah kehadirannya di majlis Anugerah Bintang Blokbuster 2013 Sabtu lalu, turut mencuri perhatian ramai. 

Lebih meriah apabila persembahan penyanyi cantik dari Seberang ini turut diiringi Bobo yang terkenal dengan gaya parodi tersendiri menerusi lagu Sayang.

Shae Dan Bob Impikan KerjasamaSeakan menjadi fenomena, gandingan mereka di pentas Anugerah Bintang Blokbuster itu menggamatkan suasana sekali gus membuktikan pengaruh parodi turut merancakkan lagi industri seni negara.

Baik Shae mahupun Bobo, mengakui mereka bersedia untuk bekerjasama jika diberi peluang. Kata Shae, dia sebenarnya teruja apabila lagunya diparodikan oleh Bobo sehingga namanya menjadi sebutan di sini.

“Saya masih baru dalam industri dan masih mencari nama di negara ini, namun kerana parodi Bobo itu, saya semakin dikenali. Saya sangat senang jika dapat berkolaborasi dengan Bobo, lagipun saya yakin peminat pasti akan suka,” katanya.

Shae berkata, dia harap persembahan bersama Bobo malam itu menjadi kenangan manis buat peminat mereka.

“Saya cukup seronok apabila mendapat tahu akan melakukan persembahan bersamanya, lagipun ini kali pertama saya sebagai penyanyi asal bertemu dengan orang yang membuat parodi lagu saya dan sepentas dengannya,” katanya yang kini muncul dengan lagu terbaru, Cintaku Telah Mati Untukmu.

Bobo intai peluang

Berkongsi perasaan Bobo apabila diundang untuk menjayakan persembahan bersama Shae di majlis itu, dia sebenarnya tidak pernah menyangka akan menerima peluang keemasan itu.

"Saya di sini kerana lagu Sayang nyanyian Shae. Sudah tentu saya sangat gembira jika dapat melakukan kerjasama dengannya.

“Memang saya tidak menduga akan diberi penghargaan seperti ini dan saya sendiri masih terkejut dengan tawaran itu.

"Perasaan teruja tu memang tak dapat digambarkan dan saya sangat gementar untuk beraksi di hadapan khalayak," katanya yang kini bernaung di bawah produksi milik Datuk Mejar David Teo.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/shae-bobo-impi-kerjasama-1.172572